Wednesday, September 24, 2008

Pucuk Ubi Halus Goreng Belacan

English :(Belachan-Fried Tapioca Leaves)
Bidayuh : Tokik Diak (or Tahi Kura-Kura)

Iban : Empasa/Jabang Guring



Food prepared by: Mdm Mary G.
Photo taken by : Babai


Bahan-bahan:
1. 2 ikat pucuk ubi
2. 2 batang serai
3. 2 biji bawang putih diketuk
4. Belacan sebesar ibu jari
5. 1 sudu teh garam halus
6. 2 sudu besar air
7. 1 sudu besar ikan bilis kering
8. 3 sudu besar minyak masak untuk menggoreng secukupnya

Penyediaan :
1. Pucuk ubi ditumbuk halus menggunakan anak lesung.
2. Serai diketuk/dihiris halus.
3. Belacan dicampur bersama garam dan air.

Cara memasak :
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ikan bilis.
3. Masukkan pucuk ubi yang telah ditumbuk. Goreng selama 10-15min, atau sehingga keluar wangi. Hendaklah dikacau selalu supaya tidak hangus.
4. Tutup selama 1-2 min.
5. Masukkan serai. Kacau seketika.
6. Masukkan campuran belacan. Tambah sedikit garam jika perlu.
7. Kacau sehingga pucuk ubi yang digoreng menjadi kering sedikit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Cadangan tambahan :
1. Amat sedap dimakan dengan nasi.
2. Serai boleh digantikan dengan umbut tipuk/tepus untuk menambahkan kewangian (lihat foto di atas)
3. Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan setiap kali sebelum hidangan.


Selamat mencuba!!

6 comments:

PrincessRen said...

omg.. my favourite this 1.. when i was a kid, i used to complain sobab sumuk kuk odak poh the daun ubi oadk alus2... he malas nyam nyek .. pak the results is really heaven to the taste bud.. LOL

Sumuk said...

yes! i know exactly what u mean and how you feel haha! i had the same dilemma with my mom too.

Mrs.Andi said...

den ponah masak ngn dak bintulu.. bespren den..diwaktu zaman kolej2 dulu.. mmg lazat..

Sumuk said...

ha. baru hang tau penangan masakan org Sarawak.. mmg sodap bah ini! such a simple dish, but taste like heaven!

Jimbo™ said...

yea, nowadays most people are too lazy to koyak the pucuk ubi until very very fine, it tastes not as nice. But still this is one of my favourites!

The Heart of Paul said...

Oooh my mother cooks this for me everytime I come home. She has the tapioca leaves in her back garden.

I'm so glad I found this blog. I recognize some of the Sarawakian dishes from when I was a kid (time nembiak tauk makan jak bah sik tauk gine polah) and I like cooking so I will definitely try! Thank you for sharing!